dua belas


Buttercream


Bahan-bahan ( sebiji kek )

250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)

125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)

125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)


Cara-cara

Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.

TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

sebelas

atoto..
so sweet !

Hearty kecil berbicara..
"Saya dah beritahu nama awak pada ALLAH untuk jaga hearty awak daripada terpaut dengan mana2 lelaki yang bukan selayaknya,,sementara tunggu saya membina diri dan melamar diri awak..insyaAllah.."
Selamat Malam . . Bismikallahumma ahya wa amut . .

#facebook

sepuluh

heloo , nak kopi ke miloo ? 
nego negoo , NAH video . =)


orang melaka turun key ell . jadi ak bwak dy round key ell . mmg saja nak kasi dia pancit . padahal aku yang pancit . kehkehkehe.. dari kl sentral ke wangsa walk mall ke masjid jamek ke jalan tar ke klcc ke kl sentral semula . lpas turun naik tren , kteorang menapakk dari satu tempat ke satu tempat yang lain . nawaitu memangg nak turunkan berat badan . haha . seriously , berat aku turun 0.5 kg . haha . mcm lerr banyak sangatt . em , bukan aku ngn mr.bambam jee kelua haritu .. skali ngn cik farah juga .. penyudah nyerr bila da balik , masing masing lemau . macam biskut masuk hanggin ! hihi . aa.. mr.bambam bg jersey hari tu . cantikk ! terbaik dari ladang punyaa . siap ada nama ngn no bagaii . aaa.. aku mmg suka bju jersi . suka beli dan suka pakaii . makin bertambah jersey kat almari gue .  mekacih awokk =)


and dehh , thanx jd photographer kami . hee . 

sembilan


RAINBOW CAKE




Bahan-bahan ( Satu Kek )

  • 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
  • 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
  • 5 biji telur ayam (gred B)
  • 250gm butter
  • 550gm buttercream readymade (beli kat kedai jual bahan buat kek)
  • Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
  • Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek


Cara-cara
  • Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
  • Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.
  • Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
  • Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
  • Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
  • Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.
  • Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda.

enam

Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...







Terdengar suara dari luar rumah memberi salam.” Assalamualaikum, bolehkah saya masuk ?” Tapi Fatimah tidak mengizinkan orang di luar pintu masuk. “ Maaf, ayahku sakit”. Fatimah membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian Fatimah kembali menemani ayahnya yang sedang terlantar. Sambil membuka matanya, baginda bertanya kepada Fatimah: Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayah, orang sepertinya baru sekali aku lihat,” jawab Fatimah lembut. Lalu Rasulullah SAW menatap wajah puterinya dengan pandangan yang menggetarkan.
“Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia dan dialah ynag akan memisahkan kita. Dialah malaikat maut,” kata Rasulullah.
Fatimah tergamam, seolah-olah tidak percaya denagn kata-kata ayahanda yang disayangi. Tidak tahan menahan sebak dia terus menangis teresak-esak.
Malaikat maut yang berupa bentuk manusia datang menghampiri, tapi Rasulullah bertanya mengapa Jibrail tidak ikut sama. Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia untuk menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini, turun ke bumi menemui Rasulullah.
“Jibrail, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah,” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah kerana tidak lama lagi terpaksa meninggalkan dunia yang dihuni.
“Wahai kekasih Allah, pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibrail. Tapi jaminan itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah berasa lega. Matanya masih penuh kecemasan. “ Engkau tidak gembira mendengar khabar ini?,” tanya Jibrail lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?,” tanya Nabi Muhammad.
“Jangan bimbang wahai Rasulullah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “ Aku haramkan syurga bagi siapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya terlebih dahulu,” kata Jibrail.
Detik-detik terakhir semakin dekat dan tiba masanya Israil melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Wahai Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengadu, bagaikan minta simpati. Fatimah memejamkan mata dan suaminya Saidina Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan jibrail memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu, Jibrail?” Tanya Rasulullah kepada malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah dicabut dan direnggut ajalnya,” kata Jibrail. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengadu sakit yang tidak tertahan lagi.
Dahsyatnya Maut Ini!
“Ya Allah, dahsyatnya maut ini. Timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku dan jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu! Ali segera mendekatkan telinga. “ Uushiikum bis syalati, wa maa malakat aimanuku’ (Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah di antaramu).
Di luar pintu bunyi tangisan mulai terdengar bersahutan, para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummaati, ummatii, ummatii,”(Umatku,umatku,umatku). Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran keislaman sehingga hari ini. Jasadnya diabadikan di Masjid Nabawi, Madinah.
Begitulah cintanya Rasulullah SAW kepada kita sehingga di saat-saat nafas terakhirnya masih teringatkan akan nasib umatnya. Bagaimana pula tahap kecintaan kita terhadapnya! Sama-sama kita fikirkan.

lima

klasic pre-weeding 
schAWAL





menarik kn ? tema klasic ni jarang org buat.. boleh dikatekn minority je kalau dalam malaysia . dorang ni dah la bagai pinang di belah dua . dua dua model . bila combine memang perfect gamba tu . untung scha,, untung awal . selamat pengantin baru ^^

empat


ni percubaan kali ke brape pun tak tau laa .
tp not bad arr .
hee : D




tiga

‎3 Wajah ...Pandang Sahaja Dapat Pahala

Pertama : Wajah Ibu

Ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan. Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih anak-anak. Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu.. lantaran itu Allah memasukkan satu surah dalam Al-Quran yang di namakan Surah An-Nisa (Surah Perempuan). Kerana itu juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah diberikan ganjaran pahala.( Balik rumah tengok wajah ibu tau..)



Kedua : Al-Quran


Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya. Kenapa kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati kita. Hati yang gelap,pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya. Ada rumah yang saya kunjungi di dalam almari,atas meja di penuhi Majalah Magga,URTV majalah fesyen dan sebagai sedangkan al-Quran saya tak nampak langsung. Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat nescaya hidup kita akan di berkati


Ketiga : Memandang Kaabah 

Di Makkah Al-Mukarramah Jamaah dari India Pakistan,Indonesia suka bersolat dan duduk diluar Masjidil Haram dikawasan lapang. malangnya saya juga bertemu banyak jamaah haji Malaysia turut sama kununnya di dalam Masjid dah penuh atau senang nak balik hotel bila selesai solat kerana tak perlu bersesak-sesak. Malang sungguh... sedangkan inilah peluang seumur hidup untuk memandang Baitullah. Sesiapa yang memandang Baitullah (kaabah) insyaallah akan mendapat pahala. Berusahalah untuk duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak zaman nabi Ibrahim lagi.















#Belajarlah dan teruslah belajar ilmu agama yang maha luas ini jangan jadi orang yang jahil dan bodoh sombong